
Notis Privasi
Aquaspersions Malaysia
Pengenalan
Selamat datang ke Notis Privasi Aquaspersions Malaysia
Aquaspersions Malaysia menghormati privasi dan komited untuk melindungi data peribadi anda. Notis Privasi ini akan memaklumkan kepada anda bagaimana kami menjaga data peribadi anda dan akan memberitahu kepada anda tentang hak privasi dan bagaimana undang-undang melindungi anda.
Notis Privasi ini disediakan dalam format berlapis jadi anda boleh mengklik di bahagian khas yang telah disediakan di bawah. Atau anda boleh menghubungi kami dan kami boleh menghantar salinan pdf kepada anda. Juga sila gunakan Glosari untuk memahami maksud beberapa istilah yang digunakan di dalam Notis Privasi ini.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris Notis Privasi dengan versi-versi Bahasa yang lain, versi Bahasa Ingerris akan mengatasi versi-versi lain dan diguna pakai.
1. MAKLUMAT PENTING DAN SIAPA KAMI
2. DATA YANG KAMI KUMPUL TENTANG ANDA
3. BAGAIMANA DATA PERIBADI ANDA DIKUMPUL
4. BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA
5. PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA
6. KESELAMATAN DATA
7. PENGEKALAN DATA
8. HAK UNDANG-UNDANG ANDA
9. GLOSARI
1. Maklumat Penting Dan Siapa Kami
Tujuan Notis Privasi ini
Notis Privasi ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada anda tentang bagaimana Aquaspersions Malaysia mengumpul dan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang data yang anda mungkin bekalkan melalui laman web kami.
Laman web kami tidak bertujuan untuk kanak-kanak (yang berumur di bawah 18 tahun). Selain itu, kami tidak secara sengaja mengumpul data berkaitan dengan kanak-kanak.
Ia penting untuk anda membaca Notis Privasi ini bersama dengan Notis Privasi yang lain atau notis perlindungan data yang kami akan sediakan dalam acara-acara tertentu apabila kami mengumpul atau memproses data peribadi tentang anda, dengan itu anda tahu dengan jelas bagaimana dan kenapa kami menggunakan data anda. Pembekalan Notis Privasi kepada notis-notis yang lain dan tidak berniat untuk melanggarnya.
Pengawal
Aquaspersions (M) Sdn. Bhd. (“Aquaspersions Malaysia”) ialah pengawal data yang bertanggungjawab terhadap data peribadi anda (secara kolektifnya dirujuk sebagai "Aquaspersions Malaysia", "kami", dalam Notis Privasi ini).
Kami telah melantik pegawai perlindungan data (DPO) yang bertanggungjawab untuk memantau soalan-soalan yang berkaitan dengan Notis Privasi ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis Privasi ini, termasuk apa sahaja permintaan untuk menggunakan hak undang-undang, sila hubungi DPO dengan maklumat yang telah disediakan di bawah.
Maklumat Kontak
Maklumat kontak kami adalah:
Nama penuh entiti undang-undang: Aquaspersions (M) Sdn. Bhd.
Pegawai Perlindungan Data: Encik Paul McKavanagh
Alamat Email: paulmck@aquaspersions-malaysia.com
Alamat surat-menyurat: Lot 175 & 176, Jalan Industri 3/6, Rawang Integrated Industrial Park, 48000 Rawang, Selangor D.E., Malaysia
Telefon: +60 (0)3 6093 7088
Di Malaysia, Kementerian Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) adalah badan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) yang juga merupakan perundangan yang melindungi penggunaan Data Peribadi di Malaysia. Juga sebagai sebuah Syarikat milik UK sekarang ini kami sedang dalam proses untuk mempunyai dan menyiapkan semua sistem dan prosedur dengan pematuhan sepenuhnya dengan perundangan UK. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau kebimbangan berkaitan dengan perlindungan data peribadi anda sila hubungi kami melalui butiran hubungan di atas dan kami akan membuat yang terbaik bagi menanganinya.
Perubahan Notis Privasi dan tanggungjawab anda untuk memaklumkan kepada kami perubahan tersebut.
Ini adalah versi pertama Notis Privasi Aquaspersions Malaysia dan sebahagian besarnya berdasarkan kepada Notis Privasi Syarikat subsidiari, Aquaspersions Ltd. Ia penting bahawa data peribadi yang kami simpan mengenai anda adalah tepat dan terkini. Sila maklumkan kepada kami sekiranya terdapat perubahan data peribadi anda semasa anda berurusan dengan kami.
Pautan pihak ketiga
Laman web kami mungkin termasuk pautan laman web pihak ketiga, plug-in dan aplikasi. Dengan mengklik pautan-pautan tersebut atau membolehkan sambungan tersebut mungkin membenarkan pihak ketiga untuk mengumpul atau berkongsi data peribadi anda. Kami tidak mengawal laman web pihak ketiga ini dan tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan-kenyataan privasi mereka. Apabila anda meninggalkan laman web kami, kami menggalakkan anda untuk membaca notis privasi bagi setiap laman web yang anda lawati.
2. Data Yang Kami Kumpul Tentang Anda
Data peribadi, atau maklumat peribadi, bermaksud apa-apa maklumat tentang seorang individu yang mana seseorang itu boleh dikenal pasti. Ia tidak termasuk data di mana identiti telah dipadam (data tanpa nama).
Kami mungkin mengumpul, mengguna, menyimpan, dan memindah pelbagai jenis data peribadi tentang anda yang telah kami kumpulkan bersama di bawah:
Data Identiti termasuk: nama pertama, nama sebelum berkahwin, nama keluarga, nama pengguna atau pengecaman sama, status perkahwinan, pangkat, tarikh lahir dan jantina.
Data Kontak termasuk: alamat bil, alamat penghantaran, alamat email dan nombor telefon.
Data Kewangan termasuk: maklumat akaun bank.
Data Transaksi termasuk: maklumat tentang bayaran kepada dan daripada anda dan maklumat lain berkaitan produk dan perkhidmatan yang anda telah beli daripada kami.
Data Teknikal termasuk: [alamat protokol internet (IP), data log masuk, jenis pelayar dan versi, tetapan zon masa dan lokasi, jenis plug-in pelayar dan versi, sistem operasi dan platform serta teknologi lain di peranti yang anda gunakan untuk mengakses laman web kami].
Penggunaan Data termasuk: maklumat tentang bagaimana anda mengguna laman web kami, produk dan perkhidmatan.
Data Komunikasi dan Pemasaran termasuk: kecenderungan anda dalam menerima pembayaran daripada kami dan pihak ketiga kami dan kecenderungan komunikasi anda.
Kami juga mengumpul,mengguna,dan berkongsi Data Terkumpul seperti data statistik atau demografik bagi tujuan tertentu. Data terkumpul mungkin diperolehi daripada data peribadi namun tidak dianggap data peribadi mengikut undang-undang memandangkan data ini tidak secara langsung atau tidak langsung mendedahkan identiti anda .Contohnya,kami mungkin mengumpul Penggunaan Data anda untuk mengira peratusan pengguna yang mengakses artikel laman web tertentu. Walau bagaimanapun, jika kami gabungkan atau sambungkan Data Terkumpl dengan data peribadi anda supaya ia boleh secara langsungnya atau secara tidak langsung mengenal pasti anda, kami menganggap data gabungan tersebut sebagai data peribadi yang akan digunakan bersesuaian dengan Notis Privasi ini.
Kami tidak mengumpul sebarang Data Peribadi Kategori Khas tentang anda (ini termasuk maklumat tentang bangsa atau etnik anda,agama atau kepercayaan falsafah,kehidupan seksual, orientasi seksual, pendapat politik, keahlian kesatuan sekerja, maklumat mengenai kesihatan anda dan genetik serta data biometrik). Bahkan kami juga tidak mengumpul sebarang maklumat tentang sabitan dan kesalahan jenayah.
Sekiranya anda gagal menyediakan data peribadi
Di mana kami perlu mengumpul data mengikut undang-undang,atau di bawah syarat-syarat sebuah kontrak kami dengan anda, pemberian data peribadi anda adalah wajib dan anda gagal menyediakan data tersebut apabila diminta, kami mungkin tidak boleh menyediakan kontrak yang kami telah atau cuba dapatkan dengan anda (contohnya,menyediakan barangan atau perkhidmatan).Dalam keadaan ini,kami mungkin terpaksa membatalkan produk atau perkhidmatan anda dengan kami tetapi kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya ia berlaku.
3. Bagaimana Data Peribadi Anda Dikumpul?
Kami menggunakan kaedah berbeza untuk mengumpul data daripada dan tentang anda termasuk melalui:
Interaksi Secara Langsung. Anda boleh memberikan kepada kami identiti anda,Kontak dan Data Kewangan dengan mengisi borang atau berurusan dengan kami melalui pos,telefon,email atau sebaliknya.Ini termasuk data peribadi yang anda sediakan apabila anda:
memohon barangan dan perkhidmatan kami;
Meminta pemasaran untuk dihantar kepada anda;
Menyertai pertandingan,promosi,atau tinjauan; atau memberikan kami beberapa maklum balas.
Teknologi automatik atau interaksi. Semasa anda berinteraksi dengan laman web kami,mungkin secara automatik kami mengumpul Data Teknikal tentang peralatan anda,aksi melayari dan corak. Kami mengumpul data peribadi ini dengan menggunakan "cookies", dan teknologi lain seumpama dengannya.
Pihak ketiga atau sumber yang tersedia untuk umum. Kami mungkin menerima data peribadi tentang anda daripada pelbagai pihak ketiga [dan sumber umum] seperti yang disediakan di bawah:
Data Teknikal daripada pihak berikut:
- pembekal analitik
- rangkaian pengiklanan
- carian maklumat
Kontak,Data Kewangan dan Transaksi daripada pembekal teknikal,bayaran dan penghantaran perkhidmatan
Identiti dan Data Kontak daripada broker data atau aggregator.
Identiti dan Kontak Data daripada sumber tersedia umum seperti "Company House" dan Daftar Pemilih yang berpangkalan di dalam Kesatuan Eropah.
4. Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda
Kami hanya akan menggunakan data peribadi anda apabila undang-undang membenarkan kami berbuat demikian. Biasanya kami akan menggunakan data peribadi anda dalam keadaan seperti berikut:
Apabila kami perlu menyediakan kontrak yang kami akan atau telah pun terlibat dengan anda.
Tertakluk kepada keperluan undang-undang yang terpakai, apabila ia perlu untuk kepentingan kami yang sah (atau pihak ketiga) dan kepentingan hak asasi anda untuk tidak melanggar kepentingan tersebut.
Apabila kami perlu patuh dengan undang-undang atau keperluan pengawalseliaan.
Umumnya kami tidak bergantung kepada persetujuan sebagai asas undang-undang asas bagi memproses data peribadi anda jika data tersebut diperlukan untuk melaksanakan kontrak yang akan dimasuki atau telah dimasuki dengan anda atau jika kami perlu mematuhi suatu kewajipan undang-undange atau kawal selia. Walau bagaimanapun, kami akan meminta persetujuan anda untuk menghantar pemakluman pemasaran lansung pihak ketiga kepada anda melalui email atau pesanan teks. Anda berhak untuk menarik balik persetujuan terhadap pemasaran pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.
Tujuan untuk kami akan menggunakan data peribadi anda.
Kami telah nyatakan di bawah,dalam format jadual,penerangan tentang semua cara kami rancang untuk menggunakan data peribadi anda, dan yang mana asas undang-undang kami membenarkan kami berbuat sedemikian. Kami juga telah mengenal pasti apa kepentingan kami yang sah,yang bersesuaian.
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin memproses data peribadi anda lebih daripada satu alasan yang sah bergantung kepada tujuan tertentu untuk kami menggunakan data anda. Sila hubungi kami jika anda perlukan maklumat mengenai alasan undang-undang khusus yang kami harapkan untuk memproses data peribadi anda di mana melebihi satu alasan telah dinyatakan di dalam jadual di bawah.
Tujuan/Aktiviti | Jenis data | Asas perundangan untuk memproses termasuk kepentingan yang sah |
Untuk mendaftar anda sebagai pelanggan baru | (a) Identiti (b) Kontak | (a) Pelaksanaan kontrak dengan anda |
Untuk memproses dan menghantar pesanan anda termasuk: (a) Menguruskan bayaran,yuran dan caj (b) Mengutip dan mendapatkan bayaran yang berhutang dengan kami | (a) Identiti (b) Kontak (c) Kewangan (d) Transaksi (e) Pemasaran dan Komunikasi | (a) Pelaksanaan kontrak dengan anda (b) Perlu untuk kepentingan kami yang sah (untuk mendapatkan pembayaran hutang) |
Untuk menguruskan hubungan kami dengan anda yang mana akan termasuk: (a) Memaklumkan kepada anda tentang perubahan syarat atau polisi peribadi (b) Meminta anda untuk meninggalkan ulasan atau mengambil tinjauan | (a) Identiti (b) Kontak (c) Profil (d) Pemasaran dan Komunikasi | (a) Pelaksanaan kontrak dengan anda (b) Perlu untuk mematuhi keperluan perundangan (c) Perlu untuk kepentingan kami yang sah (untuk memastikan rekod kami dikemas kini dan untuk memahami bagaimana pelanggan menggunakan produk dan perkhidmatan kami) |
Membolehkan anda untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah,pertandingan atau melengkapkan tinjauan | (a) Identiti (b) Kontak (c) Profil (d) Penggunaan (e) Pemasaran dan Komunikasi | (a) Pelaksanaan kontrak dengan anda (b) Perlu untuk kepentingan kami yang sah (untuk mengetahui bagaimana pelanggan menggunakan produk/perkhidmatan,untuk mengembangkan dan membesarkan perniagaan kami) |
Untuk mentadbir dan melindungi perniagaan kami dan laman web ini (termasuk penyelesaian masalah,analisis data,ujian, penyelenggaraan sistem,sokongan,melapor dan pengehosan data) | (a) Identiti (b) Kontak (c) Teknikal | (a) Perlu untuk kepentingan kami yang sah (bagi menjalankan perniagaan,peruntukan pentadbiran,perkhidmatan IT,keselamatan rangkaian, untuk mencegah penipuan dan dalam konteks penyusunan semula perniagaan atau proses penstrukturan semula kumpulan syarikat) (b) Perlu untuk mematuhi keperluan perundangan |
Untuk menghantar kandungan web berkaitan dan pengiklanan kepada anda dan mengukur atau memahami keberkesanan pengiklanan yang kami sediakan kepada anda | (a) Identiti (b) Kontak (c) Profil (d) Penggunaan (e) Pemasaran dan Komunikasi (f) Teknikal | Perlu untuk kepentingan kami yang sah (untuk mengetahui bagaimana pelanggan menggunakan produk/perkhidmatan,untuk mengembangkannya,memantapkan perniagaan dan memaklumkan strategi pemasaran kami) |
Untuk menggunakan data analitik bagi menambah baik laman web kami,produk/perkhidmatan,pemasaran, hubungan pelanggan dan pengalaman | (a) Teknikal (b) Penggunaan | Perlu untuk kepentingan kami yang sah (untuk mengetahui jenis pelanggan untuk produk dan perkhidmatan kami,untuk memastikan laman web kami terkini dan relevan,untuk mengembangkan perniagaan dan memaklumkan strategi pemasaran kami) |
Untuk membuat cadangan atau mengesyorkan kepada anda tentang barangan atau perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda | (a) Identiti (b) Kontak (c) Teknikal (d) Penggunaan (e) Profil | Perlu untuk kepentingan kami yang sah (untuk membangunkan produk/perkhidmatan dan mengembangkan perniagaan kami) |
Pemasaran
Pemberian data peribadi anda untuk pemasaran dan pengiklanan adalah sukarela. Kami berusaha untuk menyediakan kepada anda dengan pilihan berkaitan dengan penggunaan data tertentu terutamanya dalam pemasaran dan pengiklanan.
Tawaran promosi daripada kami
Kami mungkin menggunakan identiti anda,Kontak,Teknikal,Profil Data dan Penggunaan untuk menzahirkan pandangan mengenai apa yang kami rasakan anda mahu atau perlu, atau apa yang mungkin menarik minat anda. Ini adalah cara bagaimana kami membuat keputusan produk yang mana,perkhidmatan dan tawaran yang mungkin releven kepada anda (cara pemasaran kami)
Anda akan menerima pemakluman daripada kami jika anda meminta maklumat daripada kami atau membeli barangan atau perkhidmatan daripada kami atau jika anda memberikan kami maklumat anda apabila anda menyertai pertandingan atau mendaftar untuk tujuan promosi, dalam setiap keadaan, anda belum memilih untuk menarik balik daripada menerima persetujuan pemasaran tersebut.
Pemasaran pihak ketiga
Kami akan mendapatkan kebenaran anda secara automatik untuk menerima persetujuan pemasaran sebelum kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan mana-mana syarikat luar daripada kumpulan syarikat Aquaspersions bagi tujuan pemasaran.
Menarik balik persetujuan
Anda boleh meminta kami atau pihak ketiga untuk menghentikan penghantaran pesanan pemasaran dengan menghubungi pihak kami pada bila-bila masa.
Apabila anda menarik balik persetujuan untuk menerima pesanan pemasaran ini,ianya tidak terpakai kepada data peribadi yang dibekalkan kepada kami kesan daripada belian produk/perkhidmatan,pendaftaran jaminan,produk/pengalaman perkhidmatan atau transaksi lain.
Cookies
Anda boleh tetapkan pelayar untuk menolak semua atau beberapa pelayar cookies, atau memberi peringatan apabila laman web dipasang atau mengakses cookies,sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa bahagian di laman web kami mungkin tidak dapat diakses atau tidak berfungsi dengan baik.
Perubahan tujuan
Kami hanya akan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan ketika kami mengumpulnya,kecuali secara munsabahnya kami mempertimbangkan bahawa kami perlu menggunakannya bagi tujuan lain dan tujuan tersebut sesuai dengan tujuan asal. Sekiranya anda mahu mendapatkan penjelasan bagaimana pemprosesan bagi tujuan baharu bersesuaian dengan tujuan asal,sila hubungi kami.
Jika kami perlukan data peribadi anda bagi tujuan tidak berkaitan,kami akan memaklumkan kepada anda dan akan menjelaskan asas undang-undang yang membenarkan kami berbuat demikian.
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin akan memproses data peribadi anda tanpa pengetahuan atau persetujuan, dalam mematuhi peraturan di atas,apabila ia diperlukan atau dibenarkan mengikut undang-undang.
5. Pendedahan Data Peribadi Anda
Kami mungkin akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak-pihak yang dinyatakan di bawah bagi tujuan-tujuan yang telah dinyatakan di dalam jadual pada perenggan 4 di atas.
Pihak ketiga dalaman seperti yang dinyatakan di dalam Glosari
Pihak ketiga luaran seperti yang dinyatakan di dalam Glosari
Pihak ketiga khas yang disenaraikan di dalam jadual pada perenggan 4 di atas
Pihak ketiga yang kami mungkin pilih untuk menjual,memindahkan, atau bergabung dengan mana-mana bahagian perniagaan kami atau aset. Sebagai alternatif,kami mungkin akan mencari untuk mendapatkan perniagaan lain atau bergabung dengan mereka. Sekiranya berlaku perubahan dalam perniagaan kami, waktu itu pemilik baharu mungkin menggunakan data peribadi anda dengan cara sama seperti yang dinyatakan di dalam notis privasi ini.
Kami meminta semua pihak ketiga menghormati keselamatan data peribadi anda dan menjaganya mengikut undang-undang. Kami tidak akan membenarkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami menggunakan data peribadi anda untuk tujuan kegunaan mereka sendiri dan hanya akan membenarkan mereka untuk memproses data peribadi anda bagi tujuan yang ditentukan dan menurut arahan kami.
Data peribadi anda boleh dipindahkan ke, disimpan, digunakan dan diproses dalam suatu bidang kuasa selain Malaysia. (kepada Syrikat-Syarikat dibawah Aquaspersions Group yang dilokasi luar Malaysia dan/atau IT Servers kami berada di lokasi luar Malaysia). Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia seperti yang dijelaskan di sini.
6. Keselamatan Data
Kami telah menempatkan langkah keselamatan sesuai untuk mencegah data pribadi anda dari hilang tanpa sengaja,digunakan atau diakses tanpa izin,diubah atau didedahkan. Sebagai tambahan,kami juga menghadkan akses data peribadi anda kepada para pekerja tersebut, ejen,kontraktor dan pihak ketiga lain yang mahu mengetahuinya. Mereka hanya akan memproses data peribadi anda mengikut arahan kami dan mereka tertakluk kepada kewajipan menjaga kerahsiaan.
Kami telah menetapkan prosedur untuk berurusan dengan mana-mana pelanggaran data peribadi yang disyaki dan akan memaklumkan kepada anda sebarang pengawalseliaan yang berkaitan dengan pelanggaran apabila kami diminta berbuat sedemikian mengikut undang-undang.
7. Pengekalan Data
Berapa lama anda akan menggunakan data peribadi?
Kami hanya akan mengekalkan data peribadi anda selama mana yang perlu bagi memenuhi tujuan kami mengumpulnya, termasuk tujuan perundangan,perakaunan, atau keperluan pelaporan.
Bagi menentukan tempoh pengekalan data peribadi yang sesuai, kami mengambil kira jumlah,kategori,dan sensitiviti data peribadi,risiko yang berpotensi berbahaya daripada penggunaan tanpa kebenaran atau pendedahan data peribadi anda,tujuan apabila kami memproses data peribadi anda dan sama ada kami boleh mencapai tujuan tersebut melalui cara lain dan keperluan perundangan yang berkenaan.
Maklumat berkaitan tempoh pengekalan data bagi aspek yang berbeza daripada data peribadi anda terdapat di dalam Polisi Pengekalan yang anda boleh dapatkan daripada kami dengan menghubungi kami.
8. Hak Undang-undang Anda
Dalam keadaan tertentu, anda mempunyai hak di bawah undang-undang perlindungan data yang berkaitan dengan data peribadi anda. Atas permintaan anda kami akan memberitahu kepada anda mengenai hak-hak tersebut seperti di bawah:-
Permintaan mengakses ke data peribadi anda.
Permintaan pembetulan data peribadi anda.
Permintaan pemadaman data peribadi anda.
Membantah pemprosesan data peribadi anda.
Permintaan larangan daripada memproses data peribadi anda.
Permintaan pemindahan data peribadi anda.
Hak untuk menarik balik persetujuan .
Sekiranya anda mahu menggunakan mana-mana hak yang dinyatakan di atas, sila hubungi kami melalui butiran hubungan yang dinyatakan di atas.
Tiada bayaran selalunya diperlukan
Anda tidak perlu membayar yuran untuk mengakses data peribadi anda (atau untuk menggunakan mana-mana hak tersebut). Walau bagaimanapun, kami menyimpan hak untuk mengenakan yuran dalam jumlah yan dibenarkan di baway undang-undang. Kami mungkin enggan untuk mematuhi permintaan akses anda atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Apa yang kami mungkin perlu daripada anda
Kami mungkin perlu meminta maklumat tertentu daripada anda bagi membantu kami mengesahkan identiti dan memastikan hak anda untuk mengakses data peribadi anda (atau untuk menggunakan mana-mana hak anda yang lain). Ini adalah langkah keselamatan bagi memastikan data peribadi anda tidak didedahkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hak untuk menerimanya. Kami juga akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan permintaan anda bagi mempercepatkan tindak balas.
Had masa untuk maklum balas
Kami cuba untuk menjawab semua permintaan yang sah selaras dengan garis masa yan ditentukan di bawah undang-undang.
9. Glosari
ASAS PERUNDANGAN
Kepentingan Sah bermaksud kepentingan perniagaan kami dalam menjalankan perniagaan dan menguruskan perniagaan bagi membolehkan kami memberikan produk/perkhidmatan yang terbaik dan pengalaman yang paling selamat kepada anda. Kami memastikan yang kami mengambil kira dan mengimbangi sebarang potensi kesan kepada anda (positif dan negatif) dan hak anda sebelum kami memproses data peribadi anda untuk kepentingan sah kami. Kami tidak menggunakan data peribadi anda untuk aktiviti di mana kepentingan kami boleh memberi kesan terhadap anda (kecuali kami mendapatkan persetujuan anda melainkan diminta atau dibenarkan mengikut undang-undang). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana kami mengakses kepentingan kami yang sah terhadap sebarang potensi kesan berkenaan dengan aktiviti tertentu dengan menghubungi kami.
Pelaksanaan Kontrak bermaksud pemprosesan data anda yang mana ia perlu untuk pelaksanaan kontrak yang anda adalah pihak atau yang mengambil langkah atas permintaan anda sebelum menyertai kontrak.
Patuh dengan perundangan atau keperluan pengawalseliaan bermaksud pemprosesan data peribadi anda yang mana ia perlu untuk mematuhi perundangan atau keperluan pengawalseliaan seperti yang tertakluk.
PIHAK KETIGA
Pihak Ketiga Dalaman
Syarikat lain dalam Kumpul Aquaspersions bertindak sebagai pemproses.
Pihak Ketiga Luaran
Penasihat profesional bertindak sebagai pemproses,termasuk peguam, pegawai bank,juruaudit dan syarikat insuran yang menyediakan rundingan,perbankan,perundangan,insuran,dan perkhidmatan perakaunan.
Jabatan Percukaian dan Kastam, pengawalselia dan pihak berkuasa lain yang bertindak sebagai pemproses yang berpangkalan di Malaysia dan di negara di mana kami menjalankan perniagaan yang memerlukan laporan aktiviti pemprosesan dalam keadaan tertentu.
HAK UNDANG-UNDANG ANDA
Anda mempunyai hak untuk:
Permintaan mengakses ke data peribadi anda (biasanya dikenali sebagai "data tertakluk kepada permintaan mengakses"). Ini membolehkan anda menerima salinan data peribadi yang kami simpan tentang anda dan untuk menyemak bahawa kami memprosesnya secara sah.
Permintaan pembetulan data peribadi yang kami simpan tentang anda. Ini membolehkan anda mendapatkan sebarang data yang kami simpan yang mana ia tidak lengkap atau tidak tepat diperbetulkan,namun begitu kami mungkin perlu sahkan ketepatan data yang anda bekalkan kepada kami.
Permintaan pemadaman data peribadi anda. Ini membolehkan anda meminta kami untuk memadam atau menghapuskan data peribadi anda apabila ianya tidak lagi berguna untuk kami terus memprosesnya. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami memadam atau menghapuskan data peribadi anda apabila anda telah berjaya menggunakan hak anda untuk membantah bagi memprosesnya (lihat di bawah), di mana kami mungkin telah pun memproses maklumat anda secara tidak sah atau apabila kami diminta untuk memadam data peribadi anda untuk mematuhi undang-undang tempatan. Harus diingat, bagaimana pun kami mungkin tidak selalu patuh dengan permintaan anda atau pemadaman bagi tujuan-tujuan perundangan tertentu yang akan dimaklumkan kepada anda,sekiranya ia bersesuaian ketika permintaan itu dibuat.
Membantah pemprosesan data peribadi anda apabila kami bergantung kepada kepentingan perundangan (atau pihak ketiga tersebut) dan terdapat sesuatu tentang keadaan tertentu yang membuatkan anda ingin membantah pemprosesan atas alasan ini kerana anda merasakan ia memberi kesan terhadap hak asasi dan kebebasan. Anda juga berhak untuk membantah apabila kami memproses data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung. Dalam beberapa keadaan,kami mungkin akan menunjukkan bahawa kami mempunyai alasan perundangan kukuh untuk memproses maklumat yang melanggar hak dan kebebasan anda.
Permintaan larangan daripada memproses data peribadi anda ini membolehkan anda meminta kami untuk menangguhkan pemprosesan data peribadi anda dalam keadaan berikut:
(a) jika anda mahu kami mezahirkan ketepatan data.
(b) apabila penggunaan data kami sah tetapi anda tidak mahu memadamnya.
(c) apabila anda perlukan kami untuk menyimpan data walaupun kami tidak lagi memintanya sebagai mana anda mahukan ia dizahirkan, ditunjukkan, atau membela tuntutan guaman; atau
(d) anda telah melarang kami daripada menggunakan data anda tetapi kami perlu sahkan sama ada kami telah melanggar alasan perundangan untuk menggunakannya.
Permintaan pemindahan data peribadi kepada anda atau kepada pihak ketiga. Kami akan menyediakan kepada anda, atau pihak ketiga yang telah anda pilih, data peribadi anda yang berstruktur,biasa digunakan, dalam format mudah dibaca dengan mesin. Sila ambil perhatian bahawa hak ini hanya terpakai kepada maklumat automatik yang anda telah pun memberi persetujuan terlebih dahulu untuk kami menggunakannya atau apabila kami menggunakan maklumat untuk membuat kontrak dengan anda.
Menarik balik persetujuan pada bila-bila masa apabila kami bergantung kepada persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda. Namun, ini tidak akan menjejaskan kesahihan mana-mana kerja pemprosesan yang dibuat sebelum anda menarik balik persetujuan, kami mungkin tidak boleh menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda. Kami akan menasihati anda sekiranya ini berlaku ketika anda menarik balik persetujuan anda.